Piala Kelab Dunia: Al Ahly belasah Auckland 3-0

Mohamed Sherif menjaringkan gol kedua Al Ahly.
- Advertisement -

Al Ahly akan menentang Seattle Sounders dalam pusingan kedua Piala Kelab Dunia selepas menewaskan Auckland City 3-0.

- Advertisement -

Jaringan Hussein Elshahat, Mohamed Sherif dan Percy Tau di Stadium Tangier, Maghribi, memastikan pasukan Mesir itu mara ke pusingan seterusnya kejohanan itu yang turut menampilkan juara Liga Juara-Juara, Real Madrid dan juara Copa Libertadores, Flamengo.

Seattle Sounders ialah pasukan Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat pertama dalam sejarah yang layak ke Piala Kelab Dunia dan akan bertemu Al Ahly, Sabtu ini.

Pemenang perlawanan itu akan menentang Madrid di separuh akhir.

Wydad Casablanca dari Maghribi pula akan menentang juara Arab Saudi, Al-Hilal, Sabtu ini dengan pemenang akan bertemu Flamengo.

Dalam perlawanan antara Al Ahly dan Auckland City, Elshahat membuka jaringan pada minit kedua, manakala dua gol lagi ditambah pada babak kedua melalui Sherif pada minit ke-56 dan Tau pada minit ke-86. – AP

- Advertisement -