Masalah air di Selangor sahaja ke?

- Advertisement -

SEBUT sahaja masalah air mesti di Selangor, tapi sebenarnya jiran sebelah Selangor iaitu Negeri Sembilan juga mengalami masalah yang sama.

Antara tempat yang paling terjejas dengan masalah air adalah di Port Dickson terutamanya di kawasan Linggi dan Lukut. 

Sungai Linggi yang menjadi sumber air mentah semakin cetek dan tidak dapat menampung air yang banyak ketika hujan lebat dan mengakibatkan banjir.

Gelinciran tanah juga sering berlaku ketika hujan lebat menyebabkan air sentiasa keruh.

Apabila berlaku hujan lebat dan air terlalu keruh, Loji Rawatan Air Sungai Linggi terpaksa mengurangkan atau menghentikan operasi pam air.

Gangguan bekalan air bermula apabila hujan lebat, berlaku gelinciran tanah, air menjadi terlalu keruh sehingga tidak sesuai untuk dirawat, operasi pam air terpaksa dihentikan maka bekalan air kepada penduduk sekitar akan terjejas.

Masalah ini semakin teruk sejak 2021 apabila lebih 10 kali gangguan air berlaku di tempat yang sama dan berlarutan.

Cadangan agar perparitan yang sudah berusia lebih 30 tahun dipasang baru dan dibina projek tebatan banjir perlu dipertimbangkan dengan tindakan lebih proaktif oleh pihak kerajaan negeri.

USTAZ MUHAMMAD FARID HADHARI
Timbalan Ketua Pemuda 
Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan – HARAKAHDAILY 2/2/2023

- Advertisement -
- Advertisement -