Martial, Fred pastikan Man United mara ke final Piala Liga

Anthony Martial (kiri) meraikan jaringannya bersama Marcus Rashford.
- Advertisement -

Gol babak kedua Anthony Martial dan Fred membolehkan Manchester United menang selesa 2-0 mengatasi Nottingham Forest untuk memastikan kemenangan agregat 5-0 dan menempah tiket ke final Piala Liga.

- Advertisement -

Pemain Belanda yang ditandatangani Januari lalu, Wout Weghorst, hampir menjaringkan gol pada babak pertama perlawanan apabila tandukan hasil hantaran lintang Casemiro sedikit tersasar.

Pengurus United, Erik ten Hag, memasukkan penjaring terbanyak Marcus Rashford bersama Jadon Sancho dan Martial pada babak kedua untuk menajamkan barisan serangan. Keputusan itu berbalas apabila penyerang Perancis itu menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-73.

Manchester United mempamerkan keunggulan mengatasi Nottingham Forest

Pemain Brazil, Fred, mengukuhkan kedudukan dengan gol kedua tiga minit kemudian, sekali gus membolehkan Manchester United menempah perlawanan akhir menentang Newcastle United pada 26 Februari.

Ini juga memastikan pasukan Ten Hag melebarkan kemenangan di tempat sendiri kepada 12 perlawanan dalam semua pertandingan.

“Sejujurnya, babak masa pertama tidak begitu hebat. Perlawanan terlalu perlahan dan kami tidak mencipta banyak peluang.

“Babak kedua jauh lebih baik, tempo permainan lebih pantas dan kami menjaringkan gol yang bagus. Kami hanya mahu meningkat prestasi setiap hari. Saya fikir kami mempunyai skuad yang bagus dan perlu menjaga kualiti yang tinggi,” kata Ten Hag. – REUTERS

- Advertisement -