Kelantan negeri pertama wujudkan Taman Perindustrian IBS

- Advertisement -

MACHANG: Kelantan merupakan negeri pertama mewujudkan Taman Perindustrian IBS di Malaysia di kawasan seluas 200 ekar di Labok dekat sini.

- Advertisement -

Taman Perindustrian IBS terbabit merangkumi 47 lot industri seluas 120 ekar. Selain itu 60 lot komersial bersaiz 1.09 ekar dan Pusat Penyelidikan Politeknik Malaysia (4.1 ekar).

Manakala 2.24 ekar pula disediakan untuk pembinaan dataran IBS, kompleks pameran (4.1 ekar) dan Pusat Latihan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) seluas 7.4 ekar.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Negeri Dato’ Hanifa Ahmad berkata, pembangunan taman perindustrian tersebut membabitkan peruntukan RM90.3 juta.

Manakala kos pengambilan balik tanah RM30 juta. Kawasan terbabit sebelum ini milik Estet Bagan.

Katanya, kerajaan negeri dengan usahasama CIDB Malaysia komited menarik pelabur tempatan dan luar melalui Pembangunan Projek Taman Industri IBS.

“Setelah mendapat kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar, kerja-kerja pembinaan dilaksanakan.

“Kerja-kerja pembangunan infrastruktur mengikut jadual dijangka siap pada suku ketiga tahun 2024,” katanya selepas melawat tapak projek dekat sini.

Kerajaan negeri menandatangani perjanjian persefahaman dengan CIDB Malaysia pada Oktober 2021. Kini kerja-kerja pembinaan infrastrutkur sedang giat dijalankan.

Lokasi terbabit begitu strategik, terletak di laluan utama Kota Bharu-Machang. – HARAKAHDAILY 2/2/2023

- Advertisement -