Kebakaran hospital di Kaherah, 3 maut 32 cedera

Kebakaran di Jabatan Radiologi Hospital Noor Mohammadi, timur Kaherah.
- Advertisement -

KAHERAH: Kebakaran di sebuah hospital di ibu negara Mesir, membunuh sekurang-kurangnya tiga orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 32 orang lain.

- Advertisement -

Kementerian Kesihatan Mesir berkata, kebakaran berlaku di Hospital Noor Mohammadi di kejiranan Matariya di timur Kaherah. Kemudahan perubatan ini dikendalikan oleh sebuah pertubuhan amal.

Tanpa menjelaskan punca kejadian itu, kementerian berkenaan menyatakan bahawa kebakaran berlaku di Jabatan Radiologi hospital itu dan anggota bomba kawasan itu dapat memadamkan kebakaran.

Menteri Kesihatan, Khaled Abdel Ghaffar, berkata pesakit yang cedera mengalami luka melecur, patah tulang dan terhidu asap. Mereka dipindahkan ke hospital lain di Kaherah.

Beliau berkata, jumlah mangsa masih di peringkat awal dan kemungkinan boleh meningkat.

Piawaian keselamatan dan peraturan kebakaran yang kurang dikuatkuasakan di Mesir, dikaitkan dengan banyak kematian. Kebakaran pada 2020 di unit rawatan rapi sebuah hospital swasta di Kaherah membunuh tujuh pesakit Covid-19. – AP

- Advertisement -