Kelantan laksana 164 program kebajikan sejak 2018

- Advertisement -

KOTA BHARU: Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri sehingga sekarang berjaya melaksanakan sebahagian besar manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

- Advertisement -

Bermula selepas PRU 2018 portfolio terbabit berjaya melaksanakan 164 program berkaitan kebajikan dan pembangunan keluarga dan wanita.

Antaranya Program Cakna Aulad, cuti bersalin, cuti menjaga anak sakit kronik, Skim Halimatus Sa’dia, Mawadah Center dan Dasar Kanak-kanak Fitrah Kelantan, Suri Mithali dan pelbagai lagi.

Pengerusi jawatankuasa terbabit Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, setakat ini sebanyak 95 peratus pelaksanaan program yang dijanjikan dalam manifesto PRU 2018 sudah dilaksanakan.

“Alhamdulillah bakinya iaitu lima peratus akan dilaksanakan dalam tempoh dua tiga bulan lagi insyaAllah. Kelewatan berlaku kerana ia membabitkan kerjasama portfolio lain,” katanya di sini.

Sebelum itu beliau merasmikan rumah Baitus Solehah di Maahad Muhammadi Perempuan.

Mumtaz juga berkata, cadangan mewujudkan Pusat Pengajian Pondok Wanita (Muslimat) seperti Pusat Pengajian Pondok Kandis (lelaki) belum dapat dilaksanakan.

Begitu juga katanya Kolej Kemahiran Wanita yang menawarkan sijil kemahiran untuk lepasan Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) yang berminat mendalami pengajian ke peringkat lebih tinggi. – HARAKAHDAILY 1/2/2023

- Advertisement -