Beku akaun BERSATU: Agensi k’jaan dijadikan alat PH-BN

- Advertisement -

SAYA merujuk kepada laporan berita mengenai pembekuan akaun bank BERSATU oleh pihak SPRM.

BERSATU dapat menerima alasan bahawa langkah yang diambil SPRM itu adalah sebahagian daripada proses siasatan mereka terhadap fitnah yang dilemparkan kepada BERSATU.

BERSATU akan terus memberi kerjasama dalam siasatan ini agar fitnah jahat ke atas BERSATU dapat dihentikan segera. 

Para pemimpin dan pegawai parti BERSATU yang diminta memberi keterangan kepada SPRM juga telah diarahkan agar memberi kerjasama sepenuhnya.

BERSATU melahirkan rasa kesal terhadap tindak-tanduk Kerajaan PH-BN yang menjadikan agensi kerajaan sebagai alat untuk mencapai matlamat politik mereka bagi membunuh kredibiliti BERSATU dan PERIKATAN NASIONAL.

Kami yakin, rakyat sentiasa sedar mengenai strategi jelek PH-BN yang mahu memesong perhatian rakyat daripada kelemahan, kegagalan serta amalan nepotisme kerajaan mereka.

BERSATU sentiasa tegas dengan prinsip integriti dan tadbir urus yang baik.

Semua ahli-ahli BERSATU dan pemimpin semua peringkat diminta bersabar dan terus beristiqamah dalam menghadapi ujian dan fitnah ini.

DATO’ SERI HAMZAH ZAINUDIN
Setiausaha Agung
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
Kuala Lumpur, 1 Februari 2023 – HARAKAHDAILY 1/2/2023

- Advertisement -
- Advertisement -