‘Ambillah kalau nak, apa nak malu-malu’

Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor
- Advertisement -

ALOR SETAR: “Ambillah kalau nak, apa nak malu-malu. Dah lantik anak (Nurul Izzah), dia rasa malu tak ambik gaji. Takkan macam tu, nak makan apa?

- Advertisement -

“Lagi pun, perkara seperti itu tidak pernah dilakukan. Mungkin nak beri nampak luar biasa. Set satu benchmark, lepas ini semua orang politik dan anak-anak mereka boleh terbabit dengan kerajaan tanpa ambil gaji,” kata Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Oleh itu Menteri Besar Kedah menasihatkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim usah ‘malu-malu’ untuk membayar gaji perkhidmatan anaknya yang dilantik sebagai penasihat.

Katanya, mana-mana individu yang dilantik sebagai kakitangan kerajaan akan ditentukan bayaran perkhidmatan termasuk skim saraan.

“Kalau tidak lebih baik bekerja bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang lebih bersifat ‘social service’ sekiranya berhasrat memberi perkhidmatan tanpa bayaran,” katanya ketika ditemui, di Seri Mentaloon, semalam.

Baru-baru ini Anwar mengakui anak sulungnya Nurul Izzah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.

Bagaimanapun katanya, anaknya itu tidak akan menerima sebarang elaun atas khidmat membantunya sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.

“Ya, saya yang meminta, mempelawa dia untuk bantu saya tetapi saya tidak membayar apa-apa elaun kepadanya dia,” kata Anwar seperti dilapor media.

Sanusi berkata, seseorang yang berkhidmat dengan kerajaan selain perlu diberi bayaran, pandangannya tertakluk kepada undang-undang.

“Awal dulu beritahu sebagai penasihat menguruskan polisi tetapi sekarang maklum pemerolehan (acquisition) pula untuk memastikan tender-tender diurus dengan betul.

“Tetapi kalau berkenaan urusan itu sudah ada pegawai kerajaan seperti KSU, audit dan lain-lain yang menguruskannya. Maka tidak perlulah ada lantikan lain walaupun tidak berbayar,” tambah beliau. – HARAKAHDAILY 1/2/2023

- Advertisement -