Madani bagaikan pembalut hadiah yang cantik

Malang isinya menjengkelkan

- Advertisement -

SERONOK dapat tiga hadiah berbalutkan kain dan kertas berjenama Madani. Dihadiahkan pula oleh Perdana Menteri. Ya, ianya tampak indah dan mewah sekali.

Saat memegangnya kita tersenyum lebar, hati kita berbunga-bunga, perasaan tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Itulah perasaan pengkagum. 

Namun, saat kita mula membuka bungkusan indah tersebut. Perlahan-lahan dan berhati-hati risau isi yang mahal itu terosak. Tiba-tiba.

Cakkkk, gambar kepala Zahid Hamidi yang tersenyum sinis muncul mengejut.”

Terkejut beruklah kita, pastinya kita melemparkannya dan menyumpah seranah. Cis.  

Rupanya kain bungkusan jenama Madani itu membungkus gambar ikon kediktatoran negara. 

Begitu juga saat kita membuka satu lagi kertas balutan hadiah berjenama Madani. Kali ini kita betul-betul berhati-hati. Risau keluar kepala siapa pula nanti. 

Perlahan-lahan kita buka kertas hadiah itu, “Cakkkk, gambar Rafizi muncul, gambar sebelum jadi Menteri dan selepas jadi Menteri.”

Terkesima tanpa kata, apa lagi kita baling ke dinding, berkecailah sudah gambar tersebut. 

Siapa tak marah, dapat gambar pembohong, penipu dan pemfitnah nasional. Ada yang kata, dia buka mulut saja, orang dah tahu nak menipulah itu. Dia tak buka mulut lagilah orang risau, apa yang dia dah tipu. 

Ada satu lagi bungkusan nan indah bernama Madani. Kali ini seram nak membukanya, tapi sebab hadiah daripada Perdana Menteri, kita gagahkan jua. 

Dari jauh, gunakan penyapu kita buka, tiba-tiba, “Cakkk, keluar gambar Nurul Izzah yang tersenyum indah.”

Huh, baru betul. Kena dengan kertas balutan yang berjenama Madani. Keluar pula yang indah-indah. 

Tapi, duk 10 minit barang tak tahan lama, mula mengeluarkan bau yang busuk kohong. Satu rumah dikepung oleh bau tersebut. 

Yakni bau kencing. Ya, kertas balutannya indah, barang di dalamnya indah, tapi pengotor dan berbau busuk. Turut kita lempar ke dalam tong sampah. Maafkan kanda, dinda.

Itulah tamsilan kepada Madani Anwar yang membaluti Tirani-Zahid, penipu-Rafizi dan nepotisme-Izzah. Indah pada luaran, memburuk pada dalamnya. 

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 31/1/2023

- Advertisement -
- Advertisement -