Anwar mesti jelaskan siapa lagi lantikan rahsia

Datuk Wan Saiful Wan Jan

KALAU tidak kerana Nurul Izzah terlepas cakap, satu Malaysia termasuklah penyokong Pakatan Harapan tidak tahu mengenai pembohongan Anwar Ibrahim, yang kononnya menentang kronisme, tetapi secara rahsia melantik anaknya sendiri sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.

Advertisement

Padahal, Malaysia ini negara yang kaya dengan kepelbagaian dan telah melahirkan ramai pakar-pakar ekonomi dan kewangan tersohor tanah air. Kita ada anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Kadazan, anak Iban dan pelbagai lagi. Tapi rupa-rupanya yang dipilih ialah anak Anwar! Untung jadi anak Papa!

Apa juga alasan Anwar dah tak relevan. Hakikatnya Anwar mengamalkan nepotisme.

Rakyat bukan mempersoalkan pro bono atau berbayar. Tetapi rakyat mempertikaikan kenapa lantik anak sendiri?

Rakyat pun tahu kuasa “Anak Perdana Menteri” apabila dilantik sebagai Penasihat rasmi, adalah kuasa yang besar. Rakyat persoalkan kuasa dan kedudukan yang diberi. Sama ada bergaji atau tidak adalah tidak relevan.

Saya menuntut Anwar segera nyatakan berapa ramai lantikan rahsia yang telah dibuat dan siapa lagi yang telah dilantik secara senyap-senyap

Saya juga menuntut Anwar jelaskan kenapa pelantikan Nurul Izzah dirahsiakan.

Selain itu, Anwar mesti jelaskan apa bidang kuasa yang diberi kepada Nurul Izzah.

DATUK WAN SAIFUL WAN JAN
Ketua Penerangan Bersatu Malaysia
Ahli Parlimen Tasek Gelugor
31 Januari 2023 – HARAKAHDAILY 31/1/2023