Solat bukan pilihan tetapi kewajiban

- Advertisement -

SEPANGGAR: Solat bukan pilihan tetapi merupakan satu kewajiban bagi umat Islam, kata Yang Dipertua PAS Sepanggar, Dr Aliakbar Gulasan.

- Advertisement -

“Setiap daripada kita perlu tetap mendirikan solat walaupun belum sempurna hafalan bacaan solat.

“Perbaikilah solat secara berperingkat sehingga sempurna dengan merujuk kepada ustaz, ustazah, fasilitator dan membuat carian di Youtube tatacara solat oleh para asatizah kita,” kata beliau ketika merasmikan Kursus Tahsin Solat, semalam.

Seramai 30 orang mualaf telah menyertai kursus anjuran PAS Kawasan Sepanggar yang diadakan di Surau Al Hidayah, Kampung Naalap Kampung, Menggatal itu.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah tahsin solat, praktikal wuduk dan solat serta tahsin surah al-Fatihah.

Hadir sama ialah Ketua dan Naib Dewan Muslimat PAS Kawasan Sepanggar, Ummu Ahnaf Abu dan Ummu Azzam Abdul Kadir.

Salah seorang peserta, Jusiah Jahimin menyatakan rasa gembira dapat menyertai program tersebut kerana memberi pengalaman berharga kepadanya.

Beliau berharap, program itu terus dilaksanakan di surau kampungnya agar penduduk dapat belajar melaksanakan ibadah solat dengan lebih sempurna. – HARAKAHDAILY 30/1/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!