SEPANJANG sejarah tanah air PAS sentiasa bekerja bersama-sama semua orang, tidak kira bersama masyarakat Melayu ataupun bukan-Melayu.
Di Negeri Selangor secara khusus, ketika PAS menjadi sebahagian daripada Kerajaan Selangor PAS dan bukan-Melayu bergerak bersama.
Kedudukan PAS sebagai Exco, sebagai Ahli Majlis Perbandaran dan sebagai Ketua Kampung adalah bukti bahawa PAS tidak pernah mengesampingkan mana-mana kelompok, sama ada berdasarkan bangsa mahupun agama.
Namun, oleh kerana begitu kecil sokongan undi yang PAS (PN) perolehi daripada pengundi bukan-Melayu dalam PRU15 baru-baru ini maka PAS Selangor terpaksa ‘berhenti sejenak’ demi merencana perancangan baru untuk mengembalikan kepercayaan pengundi bukan-Melayu kepada PAS.
Antara lain adalah dengan melantik encik Low Lee Leong sebagai Pegawai Khas kepada Pesuruhjaya PAS Selangor YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi.
Moga inisiatif ini menjadi asbab untuk PAS memimpin Selangor nanti, insya-Allah.
USTAZ MOHD SHAFIE NGAH
Yang Dipertua PAS
Kawasan Bangi – HARAKAHDAILY 30/1/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!