Muslimat suntik semangat juang dalam diri, keluarga

- Advertisement -

SANDAKAN: Muslimat PAS hendaklah sentiasa menyuntik semangat juang dalam diri, suami, anak-anak dan juga keluarga, kata Ketua Dewan Muslimat PAS Sandakan, Ummu Syifa Tasman.

- Advertisement -

Ini, katanya kerana peranan muslimat terhadap sesebuah organisasi mahupun dalam konteks negara begitu meluas dan amat diperlukan,

Menurutnya, peranan seorang muslimah bukan lagi tersorok di balik sudut-sudut yang tersembunyi tetapi merupakan antara mata rantai perjuangan Islam.

“Kita hendaklah bersedia untuk bersama-sama berdepan dengan cabaran yang semakin rencam, dengan arus pusaran yang semakin ganas dan melemaskan generasi millenial,” tegasnya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan di Pejabat Urusan PAS Sandakan, semalam.

Katanya lagi, pentingnya muslimat sebagai pembantu, penasihat, pendidik dan pengurus rumah tangga bagi memastikan kelancaran gerak kerja dakwah dan perjuangan islam.

“Marilah sama-sama kita menjadi muslimah yang sentiasa menyuntik semangat juang dalam diri, suami, anak-anak dan juga keluarga,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 30/1/2023

- Advertisement -