Kunjungan hormat ke TNB Jerantut

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH pagi ini saya dan staf pengurusan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Damak telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Daerah Jerantut.

Terima kasih tidak terhingga sudi menerima kunjungan kami. Tahniah kepada Puan Zulaikha Abdul Rahman dan para kakitangan TNB Jerantut telah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada kami semua.

Pelbagai isu dua hala yang dibincangkan hari ini, antaranya ialah:

1. Kami akan membuat permohonan lampu jalan bagi kawasan yang masih bergelap seperti di laluan Hutan Simpan Som.

2. Membantu mengenal pasti penerima E-kasih yang layak menerima rebat RM40.

3. Peringatan daripada pihak TNB bahawa operasi pemotongan elektrik akan dilakukan seandainya mempunyai tunggakan yang melebihi had. Notis amaran diberikan makluman pada nota kaki di bawah bil akaun pengguna.

4. Segala aduan berkaitan bekalan elektrik yang berkaitan dengan TNB boleh menghubungi segera talian hotline 24 jam 15454.

5. Sekiranya pemilik akaun sudah tidak tinggal di sesebuah rumah, hendaklah menutup akaun bagi mengelakkan tunggakan caj dan keselamatan.

6. Diingatkan bahawa sebarang ubah suai rumah yang melibatkan wayar elektrik yang bersambung dengan tiang hendaklah berhati-hati dan maklum kepada pihak TNB agar tiada kes yang tidak diingini berlaku.

7. Berhati-hati dengan kebocoran arus elektrik di rumah anda. Kerana akan mengakibatkan caj elektrik menjadi tinggi secara tiba-tiba dan sangat merbahaya dari sudut keselamatan. Segera membuat aduan. 

8. Sebarang permohonan baharu berkaitan lampu jalan di kampung-kampung boleh berhubung dengan pihak JPKK kampung masing-masing.

YB USTAZ ZURIDAN MOHD DAUD
ADUN Damak – HARAKAHDAILY 30/1/2023

- Advertisement -
- Advertisement -