Bila Madani dan Tirani bercantum

- Advertisement -

BERBUIH mulut Anwar berbicara soal Madani. Begitu kagum para pentaksubnya. 

Anwar dan pidato tiada siapa boleh cabar. Kerana kerja Pak Anwar itu hanya bicara, ngomong dan berpidato sahaja. 

Iyalah, itu sahaja yang beliau tahu hingga jadi Perdana Menteri pun itu sahajalah. 

Berbeza dengan kawan lama dan partner beliau, iaitu Zahid Hamidi. Bicaranya sangat kurang, nah buatnya sentiasa jadi bualan orang. 

Perbuatan Zahid itu bertentangan langsung dengan konsep bicara Madani-Anwar. Zahid mengetengahkan konsep buat Tirani-Zahid. 

Dipancung satu persatu mereka yang tidak sealiran dengannya. Disekat kebebasan demokrasi dalam parti demi mempertahankan kedudukan dan kekuasaan peribadi. 

Sisi putih Madani-Anwar di putarkan ke seluruh corong telinga rakyat. Dicerakinkan dengan ungkapan indah. 

Sisi gelap Tirani-Zahid ditusuk tanpa bunyi, tiba-tiba terjadi. Satu persatu rebah, tewas dan terkaku dipijak oleh kediktatoran Zahid membelakangi segalanya. 

Kerajaan ini dibangunkan dari bicaranya Madani muluk-muluk, buatnya Tirani sorok-sorok. 

Persoalannya, bolehkah dipercayai kerajaan yang bicara soal Madani tapi dibuatnya menelusuri tabiat-tabiat Tirani? 

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 30/1/2023

- Advertisement -
- Advertisement -