Bekas tentera Jepun, mangsa serangan seksual saman kerajaan

Kes serangan seksual terhadap Rina Gonoi berlaku pada tahun lepas. (FOTO: RTBF.be)
- Advertisement -

TOKYO: Seorang bekas tentera Jepun yang diserang secara seksual oleh rakan-rakan sekerjanya  nekad menyaman kerajaan dan pelaku permohonan maaf atas  penganiayaan  yang dialaminya.

Rina Gonoi mengeluarkan kenyataan itu pada hari ini (30 Jan) selepas membuat pendedahnan pada tahun tahun lalu, serangan seksual terhadap dirinya, selepas siasatan digugurkan atas alasan bukti yang tidak mencukupi, lapor AFP.

- Advertisement -

Pihak tentera Jepun selepas itu mengakui serangan dan gangguan yang berlaku pada 2021 itu, tetapi hanya selepas tekanan awam yang dicetuskan oleh Gonoi, termasuk petisyen yang ditandatangani oleh lebih 100,000 orang menuntut siasatan dilakukan.

Pada Dis tahun lalu, lima askar Jepun telah diberhentikan sabit kes itu, tetapi Gonoi berkata pada Isnin permohonan maaf yang diterimanya adalah sangat ‘cetek’ (tidak berbaloi) dan peguam suspek, ujar Ganoi lagi, berterusan memandang remeh insiden dalam proses perbincangan mengenai penyelesaian kejadian berkenaan.

“Saya tidak mahu memilih pilihan untuk bertempur (perbicaraan di mahkamah), tetapi saya tidak menerima mesej yang meyakinkan bahawa mereka benar-benar menyesal atas apa yang mereka lakukan kepada saya,” katanya kepada pemberita.

“Memandangkan perbezaan isu antara pihak mereka dan saya, saya fikir adalah perlu untuk membuka perkara (kepada umum melalui tuntutan mahkamah), yang saya fikir akan membantu mengelakkan berulang kepada individu lain,” tambahnya.

Gonoi menyaman sejumlah ¥7.5 juta (RM236,326) – ¥5.5 juta daripada penyerangnya untuk gangguan mental dan ¥2 juta daripada kerajaan kerana gagal menghalang serangan dan melakukan siasatan mereka dengan betul.

“Kes itu juga sedang disiasat semula oleh pendakwa raya yang sedang menimbang kemungkinan pertuduhan jenayah selepas Gonoi  membuat aduan mengenai kegagalan untuk mendakwa lelaki terbabit,” kata peguamnya pada Isnin.

Dalam pada itu, pihak tentera mengakui hasil siasatannya mendapati Gonoi secara rutin menghadapi gangguan seksual dan serangan di unitnya ditempatkan untuk beroperasi dalam perkhidmatan tenteranya dan semasa sesi latihan.

Walaupun Jepun mungkin mempunyai kedudukan yang tinggi dalam pendidikan dan penjagaan kesihatan untuk wanita, masyarakatnya yang didominasi lelaki telah lama ketinggalan di belakang rakan industri dalam menempatkan wanita sama tahap  di bilik lembaga dan di pejabat awam yang dimonopoli lelaki.

Data kerajaan menunjukkan hanya empat peratus daripada mangsa rogol melaporkan jenayah itu kepada polis. –HARAKAHDAILY 30/1/2023

- Advertisement -