Anwar lantik Izzah: Nepotisme bersalut madani

AKU secara peribadi tiada masalah sangat dengan pelantikan anak-beranak asalkan ada kelayakan. 

Tidak boleh juga kita nafikan kemampuan dan kelayakan seseorang kerana dia anak-beranak.

Jadi apa masalah aku dengan Anwar lantik Izzah?

Masalah pertama, apa kelayakan Izzah sebagai Penasihat Ekonomi? cuba cerakinkan untuk kita telusuri. 

Penyokong Umno-DAP duk bandingkan dengan Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH) sebagai Utusan Khas Timur Tengah, depa ingat TGHH tu anak Muhyiddin. 

Dari sudut kelayakan pula TGHH itu mempunyai rangkaian perhubungan Antarabangsa yang diketahui umum di Timur Tengah. Beliau bekas Naib Kesatuan Ulamak Sedunia kut.  

Terlibat aktif dalam pertemuan, perbincangan dan persidangan Antarabangsa di Timur Tengah. Tengok TGHH pun orang terbayang Timur Tengah.  

Izzah dan ekonomi bagaimana? Jika Izzah tiada kelayakan, atas sebab apa dilantik Izzah? Anak? 

Masalah kedua dan paling besar adalah, mulut Anwar dan Izzah yang tiada insuran ketika jadi pembangkang.

Merekalah paling kuat menentang nepotisme, kronisme, dan pelbagai lagi pelantikan anak beranak. 

Hari ini, tanpa segan silu mereka sendiri yang buat. Lantik Izzah yang tiada kelayakan untuk menasihati dalam isu ekonomi. 

Takkan anak papa ok, tapi anak daddy ianya satu nepotisme? 

Ini adalah nepotisme yang dibalut dengan Madani, sebagaimana Tirani-Zahid yang dibungkus dengan Madani. 

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 30/1/2023

Advertisement