Ahli Parlimen sumbang laptop bantu pelajar kurang mampu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Krau, Kamal Ashaari menyampaikan sumbangan laptop kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk membantu proses pembelajaran.

Katanya, kemudahan itu diharap dapat membantu pelajar untuk terus berusaha bagi meraih kecemerlangan dalam pelajaran.

- Advertisement -

“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Ilmu merupakan jambatan bagi meniti kehidupan terutamanya keluar dari garis kemiskinan,” katanya pada hantaran di Facebooknya, semalam.

Beliau berkata, pada zaman sekarang sekiranya seseorang itu tidak mempunyai ilmu, mereka akan ketinggalan dan mengalami kesusahan dalam kehidupan.

“Untuk memperoleh serta mendalami ilmu, kita perlu berusaha dengan gigih kerana ilmu tidak datang sendiri. Bak kata peribahasa, yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 29/1/23

- Advertisement -