Wanita Georgia disyaki bunuh pelajar Saudi

Suspek (gambar kecil) kini ditahan polis disyaki terlibat dalam kejadian pembunuhan Alwaleed Algheraibi (gambar kanan) pada 23 Jan lalu. (FOTO: ArabRadio.us)
- Advertisement -

PHILADELPHIA: Polis Philadelphia telah menahan seorang wanita Georgia pada Jumaat (27 Jan) berhubung kes seorang pelajar Arab Saudi maut ditikam awal minggu ini.

Kejadian berlaku pada Isnin (23 Jan) lalu kira-kira jam 11.50 pagi, waktu tempatan, di dalam sebuah rumah di blok 300 Hansberry Street di Germantown, di sini.

- Advertisement -

Polis berkata, mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 25 tahun ditemui meninggal dunia dengan kesan tikaman di leher di dalam bilik air di tingkat tiga kediaman berkenaan, lapor 6abc.com.

Mangsa yang dikenali sebagai Alwaleed Algheraibi, yang tinggal di Philadelphia, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam kenyataannya, pihak polis berkata Nicole Marie Rodgers, 19, dari Columbus, Georgia, kini dalam tahanan mereka. 

Wanita kulit hitam itu didakwa atas tuduhan membunuh, merompak, pecah rumah dan kesalahan lain yang berkaitan.

Polis bagaimanapun tidak menjelaskan motif di sebalik tercetusnya kejadian Algheraibi ditilkam atau sama ada suspek mengenali mangsa.

Namun, pegawai penyiasat memberitahu akhbar tempatan bahawa telefon dan barang berharga lain milik mangsa didapati telah hilang.

Bapa saudaura Algheraibi yang hampir tamat pengajiannya dijangka pulang ke Saudi dalam masa terdekat,  memberitahu media Arab Saudi bahawa suspek pembunuh anak saudaranya itu adalah jiran yang tinggal di pangsapuri bertentangan dengan pangsapuri yang dihuni pemuda malang itu. – HARAKAHDAILY 27/1/2023

- Advertisement -