Walaupun mempunyai Cristiano Ronaldo, Al Nassr tetap tersingkir dari Piala Super selepas tewas 3-1 di peringkat separuh akhir kepada Al Ittihad di Riyadh, semalam.
Pemain antarabangsa Portugal berusia 37 tahun itu, pemenang Ballon D’Or lima kali, mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol, tetapi dikawal ketat pertahanan Al Ittihad hampir sebahagian besar perlawanan.
Jaringan Anderson Talisca untuk Al Nassr pada minit ke-67 tidak mencukupi untuk mengatasi dua gol separuh masa pertama Al Ittihad yang dijaringkan oleh Romarinho dan Abderrazak Hamdallah.
Muhannad Al-Shanqeeti menambah gol untuk Al Ittihad pada minit akhir perlawanan.
Al Nassr akan berkunjung ke Al Fateh dalam perlawanan Liga Pro Saudi pada 3 Februari. – REUTERS
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!