Pemain Newcastle memandu mabuk didenda 29,000 Pound

Joelinton ketika tiba di Mahkamah Majistret Newcastle.
- Advertisement -

Mahkamah Britain mendenda pemain tengah Newcastle United, Joelinton sebanyak 29,000 Pound (RM152,000) kerana memandu dalam keadaan mabuk dan melarangnya daripada memandu selama 12 bulan.

- Advertisement -

Joelinton yang berusia 26 tahun ditahan pada awal pagi 12 Januari lalu. Polis Northumbria mendakwanya kerana memandu dengan bacaan alkohol melebihi had ditetapkan. Dia mengakui pertuduhan itu.

Menurut Sky Sports, larangan memandu terhadapnya kemudian dikurangkan kepada sembilan bulan jika dia menamatkan kursus pemulihan.

Pemain Brazil itu yang diiringi pegawai keselamatan Newcastle ke mahkamah, menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa kedua untuk membolehkan kelab itu menang 1-0 di Southampton dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga, Selasa lalu. – REUTERS

- Advertisement -