Menteri Ekonomi gagal?

- Advertisement -

MUKA depan akhbar The Star pagi ini menyuarakan keluhan lantaran kegagalan kerajaan menurunkan harga bahan mentah dan makanan. Malah ianya semakin mencanak naik.

Tetapi Menteri Ekonomi Rafizi yakin inflasi akan turun, soalnya bila?

Kata The Star, Rafizi kaitkan inflasi dengan keengganan pengusaha kedai-kedai makan menurunkan harga jualan makanan mereka.

Tradisi menyalahkan orang lain cukup sinonim dengan kerajaan campuran ini. Nak turun bagaimana jika kos mereka naik?

Menurut Presiden Persatuan Peniaga Kecil Bumiputera WP Rosli Sulaiman harga jualan berdasarkan harga bahan-bahan mentah. 

Contoh katanya timun semalam RM4.80 sekilogram sedang beberapa hari lalu RM4.50. Sekotak susu pekat manis RM103 sebelum ini tapi hari ni RM133.

Kata Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings kenaikan harga makanan iaitu antara 15 ke 20 peratus berpunca dari kenaikan kos operasi dan pengeluaran. Tak akan Menteri Ekonomi tak tahu?

Bagaikan pungguk rindukan bulan tunggulah rakyat kerana percayakan janji mereka: ‘Hari ini kami jadi kerajaan esok harga minyak turun.’

Semua naik Pak Menteri yang turun hujan sahaja.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 27/1/2023

- Advertisement -
- Advertisement -