Kedutaan Azerbaijan di Iran diserang: Ketua keselamatan maut

Ketua keselamatan di ibu pejabat kedutaan Azerbaijan di Tehran, Iran terkorban dalam serangan hendap pada hari ini, Jumaat 27 Jan 2023. (FOTO; Tasnim News)
- Advertisement -

TEHRAN: Seorang ketua keselamatan terbunuh dalam serangan bersenjata ke atas kedutaan Azerbaijan di ibu negara Iran, Tehran.

Kementerian luar negara Iran dalam satu kenyataan berkata, serangan pada hari ini, Jumaat (27 Jan) turut mencederaan dua individu lain, dan siasatan sedang dijalankan, lapor Al Jazeera.

- Advertisement -

“Penyerang memecah masuk pos pengawal, membunuh ketua keselamatan dengan senapang serangan Kalashnikov,” ujar kenyataan tersebut.

Iran yang merupakan rumah kepada berjuta-juta etnik Azerbaijan, telah lama menuduh Baku mencetuskan sentimen pemisah di wilayahnya.

Hubungan antara Baku dan Tehran secara tradisinya tidak baik, kerana etnik Azerbaijan yang berbahasa Turki adalah sekutu rapat negara saingan Iran, Turki.

Iran juga curiga dengan kerjasama ketenteraan Azerbaijan dengan Israel – pembekal senjata utama ke Baku – mengatakan Tel Aviv berpotensi menggunakan wilayah Azerbaijan sebagai ‘jambatan’ untuk menyerang Iran. – HARAKAHDAILY 27/1/2023

- Advertisement -