Retorik, persepsi dan politik populis

- Advertisement -

SAYA bukan nak berpolitik dan tidak berminat mempolitikkan isu sejak dari hari pertama saya berkempen hingga saat ini.

Saya lebih suka kepada politik ‘solusi dan maklumat’ atau ‘data base decission made’ dengan kata lain ‘by right’…when you have a right data/ information you will make a right decission’… ‘by right’….saya ulang ‘by right’.

Hakikatnya, ini zaman digital maklumat di hujung jari serta adanya ‘jejak tapak’ seolah-olah handsard Parlimen.

- Advertisement -

Oleh itu sebagai politikus sepatutnya kita tidak boleh membuka mulut sesuka hati kerana setiap kenyataan atau ucapan yang keluar dari mulut kita merupakan suatu samada perintah, janji, polisi, panutan atau peraturan yang perlu dilaksanakan dan diikuti. Lebih-lebih lagi bila menjadi pimpinan parti, menteri dan figura rakyat. Itulah disiplin dan sifat dalam ilmu komunikasi.

Saya amat terkejut dan rasanya satu Malaysia terduduk bila Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak menuduh tetapi sekadar memanggil Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man untuk memberi penjelasan soal kontrak bernilai RM2 bilion yang dikatakan diluluskan selepas Parlimen bubar.

Persoalanya siapa Rafizi sebelum PRU15? Peguam?… Majistret?… Hakim?…. Pendakwaraya?

Rafizi acapkali mengeluarkan ‘kenyataan bunuh diri’ tetapi di hujungnya tidak mengaku. Semua ‘jejak tapak’ ini dapat dijejaki di zaman dunia digital.

Apakah beliau punya wewenang sebelum PRU15 untuk memanggil mantan Menteri KASA memberi jawapan balas seperti dalam Parlimen atau meminta penjelasan seperti dalam mahkamah?

Maka sekiranya kita cerakin dengan teliti dari lubuk hati dan juga dari pengamatan saya, kawan-kawan kita dari PH sangat gemar bermain persepsi dan inilah modal yang mereka persembahkan kepada rakyat sebelum dari PRU15 dan ketika mereka kini berada dalam kerajaan.

Mereka menjadikan media sosial sebagai tempat menghukum lawan politik apa lagi ramai macai-macai dan ‘cybertrooper’ digunakan seolah mereka-mereka ini adalah pendakwaraya dan hakim.

Akhirnya mereka sendiri terperangkap dengan permainan persepsi mereka sendiri hingga menyebabkan rakyat Malaysia terduduk melihat gegalat mereka yang tidak berkesudahan dan bosan serta muak dengan politik.

Kita menghormati kepetahan dan hebatnya kawan-kawan PH kita berpidato semasa berkempen. Tetapi hakikatnya rakyat hari ini khususnya golongan muda mahu melihat realiti dan solusi, dan bukannya retorik politik atau politik populis.

Rakyat semakin pintar dan cerdik. Rakyat boleh menilai dan mencerakin dengan baik yang mana benar dan yang mana fitnah dan sebagainya.

Saya merasakan sekiranya strategi ini diteruskan PH-BN akan kehilangan Selangor dan Negeri Sembilan dan hilang banyak kerusi di Pulau Pinang.

Kerana perpatah Inggeris mengatakan: “If you use the same strategy you are going to get the same result”.

HAJI BAKRI JAMALUDDIN
Timbalan Pesuruhjaya-1 PAS Melaka
Ahli Parlimen Tangga Batu

- Advertisement -