Rasa pelik bersaing dengan Guardiola – Arteta

Dulu sepasukan, kini pesaing. Mikel Arteta dan Pep Guardiola mempunyai hubungan rapat.
- Advertisement -

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta lebih suka bergandingan dengan mana-mana jurulatih selain Pep Guardiola dalam usaha memenangi trofi terbesar bola sepak Inggeris.

Bukan hanya kerana Arsenal perlu bersaing dengan Manchester City yang Arteta percaya adalah pasukan terbaik di dunia. Sebaliknya kerana terpaksa bersaing dengan rakan dan mentornya.

“Saya lebih suka bersaing dengan orang lain. Saya mahukan yang terbaik untuknya, benar-benar yang terbaik untuknya, dan apabila anda mencabar dengan seseorang seperti ini, ia suatu perasaan yang pelik,” katanya.

- Advertisement -

Arsenal lawan Man City ialah saingan baharu bola sepak Inggeris yang paling hangat dan kedua-dua pasukan akan bertemu tiga kali dalam beberapa bulan akan datang.

Dua kali dalam Liga Perdana dengan persaingan merebut kejuaraan liga. Ketika ini, Arsenal berada lima mata di depan City di tempat kedua. Dalam saingan Piala FA, City akan berdepan Arsenal pada pusingan keempat, esok.

Arteta banyak terhutang budi kepada Guardiola selepas menghabiskan tiga tahun di bawah rakan sepasukannya sebagai penolong jurulatih di City antara 2016 hingga 2019.

Dia kemudian meninggalkan Arsenal sebagai jurulatih senior pertamanya serta berkongsi semangat dan gaya yang sama seperti Guardiola.

Namun, Arteta tahu tidak dapat mengelak menentang Guardiola jika Arsenal mahu mencabar kejuaraan, tetapi berharap persaingan itu tidak menjejaskan hubungan mereka.

“Ia tidak akan mengubah sebarang persahabatan, detik-detik yang kami lalui, betapa pentingnya dia dalam hidup saya, betapa pentingnya dia dalam kerjaya saya. Kami berdua bersedia untuk menang dan mempertahankan kelab kami dengan cara terbaik dan itu berlaku sejak hari pertama,” katanya.

Arteta menewaskan Guardiola dalam Piala FA apabila mengemudi Arsenal untuk menang 2-0 ke atas juara bertahan ketika itu, City dalam perlawanan separuh akhir 2020.

Arsenal memenangi piala itu dengan menewaskan Chelsea pada perlawanan akhir. Kejuaraan ini memberi Arteta landasan untuk membina kelab itu walaupun melalui masa yang sukar, terutama pada permulaan musim lalu. Ketika itu, Arsenal tewas dalam tiga perlawanan pertama, termasuk dibelasah City 5-0.

City memenangi enam daripada tujuh pertemuan dengan Arsenal sejak dikendalikan oleh Arteta. Namun pasukan dari utara London itu bertambah baik musim ini dengan kehadiran pemain berpengalaman, Gabriel Jesus dan Oleksandr Zinchenko yang berpindah dari City tahun lalu. – AP

- Advertisement -