Nur Jazlan perlu jalani pemeriksaan mental

- Advertisement -

SAYA baca kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed berhubung isu  ‘sedekah’ dan ‘rasuah’. 

Seorang lagi pemimpin Umno yang pura-pura tidak faham konteks sedekah yang dimaksudkan iaitu pemberian wang daripada selain calon atau wakil calon dan tiada kaitan dengan calon. 

Dan sekarang, SPRM sudah membuka kertas siasatan, apa perlu dikalutkan? Apa yang pasti, Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno sedang dan akan habiskan banyak masa ke mahkamah.

Jazlan berkata Presiden PAS ada masalah psikologi dan kemurungan. Hakikatnya yang kelihatan psikologinya bermasalah ialah Jazlan sendiri. 

Masakan tidak, ketika Menteri Besar Johor sendiri meminta Presiden Umno undur, dan Pengerusi Umno Johor sendiri setuju jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan, dia terpaksa menongkah arus Johor berdiri menjadi penyokong tegar Presiden. 

Katanya, Umno Johor tidak bermesyuarat dalam hal ini. Benarkah? Atau dia sendiri sedang dipulau? 

Kasihan makhluk ini, bersungguh-sungguh menonjolkan diri, kepada pimpinan partinya yang ada kuasa dalam kerajaan, berilah sesuatu kepada Nur Jazlan ini sebagai upah menyalak. Tiada isi, tulang pun ok.

Saya cadangkn ahli-ahli Umno berpakat kumpulkan dana, bagi sumbangan (atau sedekah) kepada beliau untuk membuat pemeriksaan mental. Bimbang terus-menerus seperti ini, rakan-rakan sendiri akan terus pulaukan.

Tetapi, saya juga berharap dia dilantik mengetuai Umno Johor, supaya mudah kami tawan Johor di masa hadapan. Semoga Utusan Malaysia siarkan respon saya ini.

Kenyataan Nur Jazlan: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/pemimpin-pn-perlu-lakukan-sesuatu-terhadap-presiden-pas/ 

USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 26/1/20230

- Advertisement -
- Advertisement -