HAMAS iktiraf sumbangan PAS dan rakyat Malaysia

- Advertisement -

DOHA, Qatar: Pergerakan Pembebasan Palestin (HAMAS) menghargai sumbangan dan bantuan yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia melalui Aid4Palestine dan NGO-NGO kepada rakyat dan negara Palestin.

Ketua Jabatan Diaspora HAMAS, Khaled Mashaal merakamkan penghargaan kepada PASRelief, Aid4Palestine dan NGO-NGO dari Malaysia yang sentiasa bantu Palestin sama ada Gaza mahupun Al-Quds.

Terdahulu mantan Pengerusi Biro Politik HAMAS itu menerima kunjungan hormat daripada PAS dan PASRelief yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi di Pejabat HAMAS, di sini.

PASRelief juga telah memaklumkan akan mengadakan pembinaan Pejabat Buruh HAMAS dan akan mempergiatkan lagi pelbagai usaha bantuan dan kemanusiaan terutama projek kesihatan dan ekonomi rakyat Palestin. 

Dalam perkembangan berbeza, Khaled juga mengucapkan tahniah di atas kejayaan PAS dalam PRU lalu.

“Tahniah kepada PAS kerana dapat meningkatkan kerusi di Parlimen. Semoga dapat memanfaatkan untuk kepentingan Islam secara keseluruhannya dan manfaat untuk Palestin,” tambah beliau. 

Beliau turut menyampaikan salam kepada Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan mendoakan Ahli Parlimen Marang itu terus sihat untuk memimpin ummah. – HARAKAHDAILY 26/1/2023

- Advertisement -
- Advertisement -