Sedekah atau rasuah?

- Advertisement -

GEGER atau sengaja mahu disensasikan oleh BN-PH melalui lidah pimpinannya terhadap bahasa rakyat yang disebut olah Tuan Guru Presiden PAS ketika diminta mengulas langkah Umno Terengganu memfailkan petisyen pilihan raya bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di tiga kerusi Parlimen iaitu Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman, yang dimenangi calon PAS.

Bahasa yang dipetik jelas menggunakan laras bahasa biasa dan mudah difahami rakyat kebanyakan. 

“Mengikut undang-undang pilihan raya, calon dan wakil-wakil calon tidak boleh beri (wang), tetapi orang awam mahu beri sedekah, terpulang kepada dia,”

Sama ada sengaja membuat geger atau cuba mengalih isu melibatkan prestasi kerajaan semasa dengan kenyataan demi kenyataan yang bercanggah, apa lagi kecaman hebat terhadap idea MADANI yang diakronimkan secara tidak wajar dan langsung tiada ‘wow factor‘. Hanya dilihat biasa dan sejujurnya saya jangkakan sesuatu yang berbeza daripada Perdana Menteri ke-10 tetapi hampa.

Pesan saya pada BN-PH, selesaikan dahulu dakwaan-dakwaan mahkamah Timbalan Perdana Menteri dan setidaknya berilah juga ruang kepada Menteri Ekonomi untuk mendudukkan pimpinan PN selepas sebulan beliau membuat cabaran meninggi diri dengan kepandaiannya sebagai ‘pemerhati’ ekonomi sebelum ini dengan 1,001 formula mudah. Atau boleh juga selesaikan sahaja isu ayam yang sudah bertelur atau masih enggan.

Setidaknya biarkan SPRM jalankan tugas mereka dan petisyen yang dikemukakan oleh bekas Menteri Besar Terengganu yang terkenal ‘nakal’ untuk berjalan mengikut lunas undang-undang. Tidak perlu melatah, menyumpah seranah dan mengumpan persepsi demi persepsi yang setakat hari ini tiada satu pun benar sehingga dikenal sebagai Kerajaan Campuran, mahir mengemuka formula mudah menyalahkan orang dan menipu tanpa berkerut kening.

Untuk semua ini, anak muda Kelantan berdiri teguh di belakang Tuan Guru Presiden tanpa prejudis. Titik. Salam hormat.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 25/1/2023

- Advertisement -
- Advertisement -