PAS ziarah Univeristi Al-Jinan di Lubnan

- Advertisement -

DALAM permusafiran ke Lubnan, Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat berpeluang mengadakan pertemuan dengan Dr Saleem Yakan, anakanda kepada Allahyarham Sheikh Dr Fathy Yakan dan ahli lembaga pengarah Universiti Al-Jinan di Beirut, Lubnan.

- Advertisement -

Universiti Al-Jinan di Beirut, Lubnan adalah pusat pengajian tinggi yang diasaskan oleh Sheikh Dr Fathy Yakan, seorang ulama terkemuka, ahli politik dan juga salah seorang pengasas kepada Al-Jama’ah Al-Islamiyah Lubnan.

Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Pengerusi PAS Relief, YB Ustaz Yusni Mat Piah, Bendahari Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat, Tuan Hj Adram Musa, Setiausaha Lajnah, Saudara Muhd Khidir Izaidin dan Setiausaha Kerja PAS Relief, Ustaz Rasydan.

Pertemuan yang penuh bermakna ini Insya Allah diharap mampu mendekatkan hubungan antara Malaysia dan Lubnan di samping membawa harapan agar dapat membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyambung pengajian di Universiti Al-Jinan.

Universiti Al-Jinan mempunyai tidak kurang daripada 6,000 pelajar serta menawarkan pelbagai kursus samada dalam bidang Pengajian Islam mahupun jurusan lain seperti Pentadbiran Perniagaan, Komunikasi, Pendidikan dan lain-lain lagi.

Semoga Universiti Al-Jinan mampu melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti dan seterusnya berkembang menjadi salah satu pusat pengajian tinggi yang terkemuka di Lubnan mahupun dikalangan negara-negara Islam di dunia. – HARAKAHDAILY 25/1/2023

- Advertisement -