Kecam tindakan ekstrem ahli politik Sweden

- Advertisement -

DEWAN Pemuda PAS Terengganu menyokong penuh tindakan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun dan ekstrem oleh Rasmus Paludan, ahli politik di Sweden yang telah bertindak membakar naskhah al-Quran dalam protesnya terhadap Turkiye.

Pemuda PAS Terengganu beranggapan bahawa tindakan politik kotor sebegini adalah politik lapuk yang menterjemahkan kemunafikan politik yang diamalkan oleh Barat yang selama ini kononnya mengamalkan nilai-nilai murni dalam berpolitik.

Pemuda PAS Terengganu berdiri teguh bersama DPPM dalam menyeru dan menggesa umat Islam di seluruh dunia, gerakan Islam yang ada serta pihak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengecam tindakan Islamofobik ini sebagai tanda solidariti dan kesatuan umat Islam mempertahankan maruah umat Islam di samping mewujudkan tekanan kepada Kerajaan Sweden agar mengambil tindakan terhadap ahli politik ekstrem ini.

Pemuda PAS Terengganu juga mendesak Kerajaan Malaysia agar memanggil Duta Besar Sweden ke Malaysia untuk memberikan penjelasan Kerajaan Sweden berhubung tindakan Sweden terhadap Rasmus Paludan. 

Pemuda PAS Terengganu menyokong penuh kenyataan DPPM untuk menggesa Kerajaan Sweden agar mengenakan tindakan tegas terhadap Rasmus Paludan sesuai dengan kesalahan jahat yang telah beliau lakukan.

MOHD HARUN ESA
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 25/1/2023

- Advertisement -
- Advertisement -