Inikah ‘tamadun luar tabii’ yang hendak diikuti?

- Advertisement -

SATU lagi kajian dikeluarkan oleh Pakar Perubatan di UK. Nama kajian adalah PROUD Study yang mendapati keberkesanan pemberian PrEP terhadap golongan MSM hanya 86 peratus sahaja. 

Kajian ini mengambil sampel dalam golongan yang di bawah kawalan dan hanya di bawah pemantauan serta preskripsi ubat oleh Pakar Perubatan penyakit berjangkit di klinik yang khas sahaja. 

Kajian ini masih dalam progress dan belum pun habis, tetapi dapatan awal boleh diperolehi seperti yang dinyatakan di atas. 

Nah! Lihat negara UK sendiri pun cukup berhati-hati di dalam pemberian ubat PrEP ini. Sebagaimana yang kita tahu UK adalah satu daripada negara yang cukup panjang perjuangan pengiktirafan golongan di luar tabii ini. 

Sejak daripada 1,533 lagi terdapat kumpulan yang begitu tegar berjuang tegakkan seks sesama jenis sehinggakan pada tahun 1970 kumpulan tersebut telah pun membentuk satu persatuan Gay liberation Front. 

Akhirnya pelbagai pindaan akta telah dibahas, ada ketikanya mendapat tentangan dan ada masa disokong. Sejak 2013 negara UK telah luluskan perkahwinan sesama jantina dan iktiraf LGBT. Saya tampal semula statistik di sana: 

“More than 1.3 million people in England and Wales identify as lesbian, gay or bisexual, census data has revealed for the first time.

“For people aged 16 and over, more than 1.5% – 748,000 – identify as gay or lesbian, and 624,000 (1.3%) as bisexual.

“Some 165,000 people identify as “other” sexual orientations.

“And 262,000 people (0.5%) said their gender identity was different from their sex registered at birth.”

Inilah sebenarnya punca kebimbangan, asakan demi desakkan yang boleh mengheret kita mengikuti ‘tamadun’ mereka. 

Kita yang berada dalam apa jua bidang sekali pun sama ada bidang politik, ekonomi dan juga perubatan yang setiap waktu akan mudah digasak oleh mereka yang sudah celaru itu. 

Akhir sekali kita terpaksa membuat keputusan yang terdesak dan sedikit demi sedikit memasuki lubang itu. 

Tujuan saya menyatakan di sini supaya kita mengambil ibrah dari apa yang berlaku. Di mana sedikit demi sedikit kita dihimpit dengan kefahaman liberal dan normalisasi sehingga terpaksa membuka ruang-ruang fitnah dalam masyarakat. 

Niat kita baik adalah untuk menghindarkan penyakit umat, tapi dalam masa yang sama kita menggali lubang yang ‘dalam’ itu. 

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 25/1/2023

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!