Hamba juga mendapat tempias keadilan Umar al-Khattab RA

- Advertisement -

Keadilan Islam dalam lipatan sejarah (Siri 62)

Oleh NIK MUHAMMAD NASRI BIN NIK MALEK

- Advertisement -

At-Tabrani mengeluarkan dalam kitab Al-Awsat, dan Ibn Asakir serta Al-Baihaqi daripada Ibn Abbas, katanya: Seorang hamba wanita datang kepada Umar ra.

Hamba wanita itu berkata: ‘Tuan saya tuduh saya. Dia dudukkan saya di atas api hingga terbakar kemaluan saya.’

Umar bertanya: ‘Dia lihat kamu buat kesalahan itu?’

Jawab hamba wanita: ‘Tidak.’

Umar bertanya: ‘Adakah kamu mengakui sesuatu kepadanya?’

Jawabnya: ‘Tidak.’

Umar berkata: ‘Biarkan aku yang urus!’

Apabila Umar melihat lelaki tersebut, dia bertanya: ‘Adakah kamu mengazab dengan azab Allah? (iaitu api?)’

Lelaki itu menjawab: ‘Wahai Amir al-Mukminin! Aku tuduh dia buat jahat.’

Umar bertanya: ‘Kamu nampak dia buat?’

Jawabnya: ‘Tidak.’

Umar bertanya: ‘Dia mengaku buat salah?’

Lelaki itu menjawab: ‘Tidak.’

Umar berkata:
والذي نفسي بيده لو لم أسمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول ” لا يقاد مملوك من مالكه ولاولد من والده لأقدتها منك

‘Demi diriku yang berada dalam kekuasaanNya. Kalaulah tidak kerana aku mendengar Rasulallah SAW bersabda: ‘Tidak dibalas untuk seorang hamba dengan sebab tuannya yang buat, dan tidak juga untuk anak kerana perbuatan bapanya, tentulah aku akan balas kamu.’

Umar merotan lelaki itu 100 rotan. Dia berkata kepada hamba wanita itu: ‘Pergilah! Kamu bebas kerana Allah. Engkau hamba Allah dan Rasulnya.

Aku menyaksikan bahawa aku dengar Rasulullah SAW bersabda:
‏مَنْ ‏حُرِّقَ بِالنَّارِ أَوْ مُثِّلَ ‏بِهِ فَهُوَ حُرٌّ وَهُوَ ‏ ‏مَوْلَى ‏اللَّهِ وَرَسُولِهِ
Maksudnya: ‘Sesiapa yang dibakar dengan api atau diselar tubuhnya, maka dia merdeka. Dia adalah hamba Allah dan RasulNya.’

(Kehidupan para Sahabat, Al-Kandahlawi 2/100-101)

Beberapa iktibar dari kisah ini:
1. Islam membenarkan hukum mengambil hamba, tetapi penuh dengan prinsip keadilan dan kemanusiaan. Hamba tidak boleh dizalimi dan dikasari. Sehingga menurut hadis di atas, jika seorang hamba disiksa dengan api, ia mesti dimerdekakan dan hanya menjadi hamba Allah dan Rasul, bukan hamba manusia.

2. Dalam sejarah Islam, ramai hamba dibebaskan. Ada yang asalnya hamba, kemudian menjadi ulama terkemuka dengan sebab penguasaan dalam bidang hadis misalnya.

3. Ketika di zaman Abraham Lincoln menjadi Presiden Amerika Syarikat, beliau tidak dapat menghapuskan sistem perhambaan yang masih berleluasa di negaranya, sedangkan Islam telah dapat menyelesaikan sistem perhambaan, lama sebelum itu.

4. Sebelum menjatuhkan hukuman, Umar al-Khattab menyiasat terlebih dahulu kes yang dikemukakan kepadanya. Beliau bertanya kepada hamba wanita, dan bertanya juga kepada tuannya. Lalu barulah beliau menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dibuat.

5. Kita di zaman kini, terus sahaja menjatuhkan hukuman kepada seseorang. Tidak pernah ditanya benar salahnya. Tidak disiasat terlebih dahulu. Tidak dipastikan berita benar atau palsu. Kita menjadi ‘hamba medsos dan maklumat di hujung jari’, bukan hamba Allah yang waras dalam berfikir dan bertindak.

Penulis adalah Pegawai Khas (Agama), Pejabat Menteri Besar Terengganu.HARAKAHDAILY 25/1/2023

- Advertisement -