Genap sebulan akhirnya siapa yang terduduk?

- Advertisement -

HARI ini genap satu bulan selepas sidang media Rafizi Ramli pada 26 Disember 2022, yang mana pada ketika itu beliau dengan angkuhnya menyebut ‘Geng-geng PN akan terduduk sebulan lagi’.

Akhirnya tiba hari yang ditunggu bukan geng-geng PN yang terduduk tetapi Rafizi Ramli dan formula-formula beliau yang terduduk.

Pepatah Melayu ada berkata ‘Kerana pulut santan binasa, Kerana mulut badan binasa’. Buat Rafizi Ramli jangan angkuh dan sombong dalam berkata-kata, cukup-cukuplah menuding kesalahan kepada pihak lain.

Jadilah seorang Ahli Parlimen dan Menteri yang memberi solusi dan manfaat kepada rakyat dan negara, bukan hanya pandai mengeluarkan formula-formula yang akhirnya memberi resah kepada rakyat untuk memikirkan solusi yang kuasa pelaksanaan dan penguatkuasaan ada kamu.

Buat pengakhirannya hari ini akan menjadi satu sejarah kepada semua dan mungkin akan terus menjadi sejarah sebagai ‘Hari Terduduk Se-Malaysia‘ atas kesombongan kata-kata daripada seorang Menteri yang bernama Rafizi Ramli.

AHMAD AZLAN ABU BAKAR CA (M)
Exco Dewan Pemuda PAS
Negeri Pahang
Ketua Penerangan
PAS Kawasan Indera Mahkota – HARAKAHDAILY 25/1/2023

- Advertisement -
- Advertisement -