Bangunan runtuh, 12 diselamatkan; ramai dikhuatiri terperangkap

Anggota polis dan pekerja penyelamat di tapak pangsapuri yang runtuh.
- Advertisement -

LUCKNOW, INDIA: Pekerja penyelamat menarik 12 orang, termasuk dua kanak-kanak keluar dari runtuhan selepas blok pangsapuri kediaman runtuh di bandar Lucknow di utara India, tetapi lebih ramai dikhuatiri terperangkap di dalam.

Jurucakap polis tempatan berkata, sekurang-kurangnya 12 orang lagi dikhuatiri terperangkap ketika pekerja penyelamat berusaha membersihkan runtuhan dan serpihan dari tapak itu yang terletak di kawasan sesak dan mewah di ibu negeri Uttar Pradesh yang paling ramai penduduk di India.

- Advertisement -

Namun, polis tidak mengulas mengenai sebarang kemungkinan punca keruntuhan itu.

“Kami menarik keluar 12 orang setakat ini, termasuk dua kanak-kanak dan belum ada lagi mayat ditemui,” kata Ketua Pengarah Polis Uttar Pradesh, D S Chauhan, kepada wartawan berhampiran tapak itu.

Siaran stesen televisyen menunjukkan timbunan batu bata dan konkrit serta pasukan polis membersihkan runtuhan untuk mencari mangsa yang terselamat.

Seramai 24 orang dikhuatiri terperangkap apabila bangunan itu runtuh, kata Chauhan. – REUTERS

- Advertisement -