Sahabatku, damailah di sana

- Advertisement -

PEMERGIAN Dr Rani Osman sangat terasa. Beliau bukan sahaja sahabat seperjuangan yang istiqamah dalam perjuangan walau pelbagai pihak memujuknya. Kami sering bersama dalam kumpulan 5,2. Beliau seorang yang mudah mesra denggan siapa sahaja yang ditemui. Wataknya yang selamba, menyebabkan ia mudah didekati dan mudah membantu.

- Advertisement -

Setiap kali berkunjung ke rumah, ada sahaja buah tangan, yang tentu ubat-ubatan pelbagai penyakit biasa akan dibawa, bukan untuk saorang bahkan beberapa bungkus untuk kawan-kawan.

Saya di Paka semasa menerima berita pemergian beliau, cuba dapatkan tiket flight untuk hadir solat jenazah beliau, namun tidak sempat hadir, kerana tiada flight awal pagi, Namun selesai solat Zohor saya bersama jamaah mendirikan solat jenazah ghaib buat beliau.

Semoga keluarganya tabah, sabar di atas ujian ini dan untuk beliau kita doakan pengampunan Allah dan rahmat-Nya agar beliau ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang soleh.

Semoga Allah kumpulkan kIta bersama dalam syurga-Nya sebagaimana Allah kumpulkan kami di dunia dalam redha-Nya. Insaya Allah.

Sepatah kata guru saya “sesiapa yang dikumpulkan dalam majlis baik di dunia, akan dikumpul pula dalam majlis yang lebih baik di akhirat”.  Sahabatku, damailah di sana.

Al-Fatihah

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS – HARAKAHDAILY 24/1/2023

- Advertisement -