PN anjur rumah terbuka Tahun Baharu Cina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemimpin PERIKATAN NASIONAL (PN) menghadiri rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina di Menara Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM).

Program itu dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PAS, Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Ho Chai dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

- Advertisement -

Selain itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta sayap pemuda dan wanita parti komponen PN.

Muhyiddin berkata, beliau gembira kerana majlis tersebut berlangsung dalam suasana penuh semangat kekeluargaan dengan dimeriahi persembahan tarian singa dan acara menggaul Yee Sang.

Pemimpin utama PERIKATAN NASIONAL (PN) menggaul Yee Sang ketika majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina PN

“Saya berdoa semoga negara kita terus dilimpahi kemakmuran, keharmonian dan kesejahteraan dan rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan selamat. Gong Xi Fa Chai,” katanya pada kenyataan di media sosialnya, hari ini. – HARAKAHDAILY 23/1/23

- Advertisement -