Datuk Presiden PAS miliki ramai anak angkat kaum Cina

- Advertisement -

MARANG: Perayaan Tahun Baharu Cina dianggap sebagai salah satu cara untuk mengeratkan lagi silaturahim serta perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan kaum di Malaysia.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, masyarakat Cina bukan sesuatu yang asing dalam kehidupan keluarganya.

- Advertisement -

Kata beliau, datuknya memiliki ramai anak angkat daripada kaum Cina, sama ada yang memeluk agama Islam atau tidak.

“Mereka menjadi sebahagian daripada keluarga saya. Ketika berlaku Perang Dunia Kedua, terdapat pelarian Cina yang datang ke Pantai Timur.

“Datuk saya pernah menyelamatkan seorang pelarian Cina bukan Islam dan disembunyikan di kebunnya, ketika itu dia merupakan seorang penghulu kampung,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Tuan Guru Abdul Hadi mempunyai menantu kaum Cina

Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, kebetulan pula salah seorang menantunya daripada kaum Cina.

Keadaan itu, kata beliau menunjukkan hubungan keluarganya dengan masyarakat kaum Cina bukan perkara sesuatu perkara baru.

Menurutnya juga selepas Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur bersama pimpinan PN dan Gerakan beliau meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama anak menantu sekeluarga. – HARAKAHDAILY 23/1/23

- Advertisement -