Allahyarham Dr Rani insan yang mulia – Dr Yunus

KUALA LUMPUR: “Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan semuanya akan kembali kepada Allah.”

Advertisement

Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi melahirkan rasa dukacita mendengar kematian insan yang sangat mulia, Dr Abd Rani Osman.

“Takziah diucapkan kepada isteri dan ahli keluarga arwah. Allahyarham seorang sahabat dan pemimpin yang sangat baik, mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor, Meru.

“Allahyarham sangat menyantuni rakyat dan cakna tentang kesihatan rakan-rakan dan rakyat,” katanya kepada Harakahdaily, pagi ini.

Beliau mendoakan semoga pemergian arwah pada hari yang mulia dengan penuh keberkatan 1 Rejab ini memberikan kelapangan perjalanannya ke alam barzah.

“Semoga arwah ditempatkan di taman-taman syurga Allah SWT,” doanya.

Ketika membuat kenyataan itu, Dr Ahmad Yunus berada di bilik jenazah Hospital Banting. – HARAKAHDAILY 23/1/2023