PAS kini bertapak di seluruh Sabah

- Advertisement -

SANDAKAN: PAS semakin diterima rakyat Sabah apabila organisasi parti itu kini terdapat di hampir semua kawasan negeri ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Fadhli Shaari berkata, penerimaan pelbagai etnik di Sabah terhadap PAS boleh dilihat apabila parti itu bertapak hampir di semua daerah di Sabah.

- Advertisement -

Katanya, perkembangan itu membuktikan penerimaan masyarakat pelbagai etnik di Sabah biarpun sebelum ini PAS dituduh sebagsi ekstrem.

“Perkembangan baik itu berlaku hasil usaha secara berterusan yang dilaksanakan pemimpin PAS di negeri ini sejak dahulu lagi.

“Lebih-lebih lagi konsep universal yang ditonjolkan Adun lantikan Sabah, Dr Aliakbar Gulasan disambut baik masyarakat, ia sekali gus mengikis persepsi negatif yang mengatakan PAS sebuah parti yang ekstrem,” katanya pada program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS di sini, semalam.

Oleh itu, beliau berharap pendukung PAS di Sabah meneruskan usaha dakwah yang dirintis generasi terdahulu serta mempergiatkan lagi inisiatif untuk menyampaikan mesej keadilan dan keharmonian Islam kepada masyarakat. – HARAKAHDAILY 22/1/23

- Advertisement -