Munaqasyah suntik semangat hadapi tribulasi politik

- Advertisement -

SANDAKAN: Lebih 300 pemimpin dan ahli PAS dari seluruh Sabah menyertai program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden peringkat negeri yang diadakan di sini, semalam.

Hadir sama Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminudin Aling; Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Dr Aliakbar Gulasan; Ketua Dewan Muslimat PAS negeri, Norsah Bongsu dan Ketua Pemuda PAS negeri, Hendri Hamsah.

- Advertisement -

Ucapan dasar presiden dibentangkan oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Fadhli Shaari.

Ketua Penerangan PAS Sabah, Ahmad Dullah berkata, munaqasyah merupakan antara usaha bagi mencapai kemenangan dan memacu kesungguhan ahli dalam gerak kerja parti.

Menurutnya, semua ahli perlu bersungguh-sungguh mengaplikasikan intipati ucapan dasar presiden dalam gerak kerja walaupun berdepan pelbagai fitnah politik semasa.

“Semoga dengan amanat yang menggabungkan kesatuan pemikiran dan amal daripada pimpinan PAS yang diterajui Presiden, Tan Sri Tuan Guru dapat disebar luas kepada seluruh ahli PAS di Sabah.

“Ini supaya dapat memacu kecemerlangan gerak kerja ahli bagi menjayakan misi kemenangan serta menaikkan semangat agar tidak luntur akibat mehnah dan tribulasi politik semasa,” katanya pada program tersebut. – HARAKAHDAILY 22/1/23

- Advertisement -