Dayangku Intan terima sijil keahlian PAS

- Advertisement -

KUALA PILAH: Artis popular era 80-an, Dayangku Intan atau nama sebenarnya, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid, 56, adalah antara empat penerima sijil keahlian PAS.

Beliau yang pernah menyertai PKR pada tahun 2012 mengumumkan menyertai PAS dan menyerahkan borang permohonan keahlian pada Disember lalu.

- Advertisement -

Selain Dayangku Intan, tiga lagi penerima sijil keahlian PAS ialah mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mohammad Fairus Khairuddin; mantan Ketua Pemuda Umno bahagian Seremban, Zool Amali Hussin dan dan mantan Ketua Umno cawangan Kampung Tengah, Anwar Omar.

Sijil tersebut diserahkan sendiri oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Majlis Semarak Gemilang Rakyat Bersama PERIKATAN NASIONAL (PN) di Ladang Alam Warisan, Kampung Tengah, Seri Menanti, di sini, semalam.

Terdahulu, Dayangku Intan menjadi ahli panel program Bual Bicara Santai bersama aktivis Bersatu, Che’gu Bard dan Zool Amali, manakala Badzli Bakar bertindak sebagai pemudah cara. – HARAKAHDAILY 22/1/23

- Advertisement -