28 maut dalam runtuhan salji di Tibet

Penyelamat bertungkus lumus menggali runtuhan salji untuk mencari mangsa.
- Advertisement -

BEIJING: Lebih banyak mayat ditemui dalam kejadian runtuhan salji yang menimbus kenderaan di luar terowong lebuh raya di Tibet, menjadikan angka kematian kepada 28 orang.

Imej dari tempat kejadian di pintu keluar terowong yang menghubungkan bandar Nyingchi di barat daya Tibet dan daerah terpencil menunjukkan kira-kira enam jentera menggali salji. Kira-kira 1,000 penyelamat dilaporkan menyertai usaha itu.

- Advertisement -

Banyak salji dan ais runtuh ke pintu terowong pada petang Selasa lalu yang memerangkap pemandu dalam kenderaan mereka.

Kejadian berlaku ketika penduduk berpusu-pusu hendak pulang ke rumah sempena cuti Tahun Baharu Cina yang bermula hari ini.

Nyingchi terletak pada ketinggian hampir 3,048 meter, kira-kira lima jam pemanduan dari ibu kota wilayah, Lhasa, di sepanjang lebuh raya yang dibuka pada 2018. – AP

- Advertisement -