Tahun Arnab bina Malaysia lebih cemerlang

Datuk Seri Takiyuddin Hassan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2023 kepada semua rakyat Malaysia terutamanya berketurunan Cina di seluruh negara.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Seri Takiyuddin Hassan berkata, seperti tahun-tahun lepas, pada malam Tahun Baru kali ini, masyarakat Cina akan berkumpul dengan kaum keluarga serta orang tersayang untuk melepaskan Tahun Harimau dan menyambut kedatangan Tahun Baru Arnab.

- Advertisement -

“Atas semangat Tahun Baru juga, pastinya anda akan berkongsi kegembiraan dan bersama-sama meraikan kehadiran masing-masing pada waktu-waktu senang, selain menawarkan sokongan dan bantuan pada masa-masa sebaliknya.

“Bersempena Tahun Baru ini, marilah kita seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama bekerja bersama-sama bagi menghadapi apa-apa cabaran yang mendatang dengan mengambil semangat ketelitian dan ketangkasan Sang Arnab dalam usaha membina negara Malaysia kita yang lebih cemerlang dan bermanfaat kepada semua,” katanya pada kenyataan.

Oleh itu beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berharap semoga semua rakyat Malaysia berada dalam kesejahteraan dan kesihatan yang lebih baik pada sambutan Tahun Baru Cina tahun ini,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 21/1/23

- Advertisement -