Man City terus kejar Arsenal, kalahkan Hostpur 4-2

Harry Kane kelihatan kecewa dengan kekalahan Tottenham Hostpur
- Advertisement -

Manchester City menewaskan Tottenham Hostpur 4-2 selepas bangkit daripada ketinggalan dua gol, kemenangan yang membawa penyandang juara itu berada dalam jarak lima mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal.

- Advertisement -

Mahu mengelak kekalahan ketiga berturut-turut dalam semua pertandingan, City kelihatan lesu apabila perlawanan bermula dan memasuki babak kedua di belakang selepas Dejan Kulusevski dan Emerson Royal menjaringkan gol berturut-turut untuk Hostpur.

Namun, tiga gol dalam tempoh 12 minit babak kedua menghidupkan perlawanan apabila jaringan Julian Alvarez, Erling Haaland, gol pertama pemain Norway itu dalam empat penampilan semua pertandingan dan Riyad Mahrez, meletakkan City di depan.

Gol Haaland menjadikan jumlah jaringan penyerang Norway kepada 22 untuk musim ini, paling banyak dilakukan oleh pemain City dalam satu kempen liga di bawah Pep Guardiola, dengan 19 perlawanan liga masih berbaki.

Ketika pasukan pelawat ghairah memburu gol penyamaan, Mahrez menambah gol keempat untuk memastikan City kekal mengejar Arsenal manakala Spur di tempat kelima, lima mata di belakang empat teratas.

“Anda memikirkan segala-galanya apabila ketinggalan pada babak pertama. Saya rasa kami bermain bagus pada babak pertama. Namun kami bolos dua kali.

“Kami telah melakukannya sebelum ini. Kami bangkit daripada ketinggalan dua gol pada masa lalu. Kami menunjukkan apa dan siapa kami dan dengan sedikit tuah, kami berhak untuk menang,” kata Mahrez.

Kemenangan ini cukup melegakan kerana ketika tewas 2-1 kepada Manchester United sebelum ini, City ketinggalan 2-0 dan anak buah Guardiola kelihatan sedang menuju kekalahan liga berturut-turut buat kali pertama sejak Disember 2018. – REUTERS

- Advertisement -