Olise tamatkan siri kemenangan Manchester United

Jaringan Michael Olise pada minit akhir mengecewakan Manchester United
- Advertisement -

Harapan Manchester United untuk menduduki tempat kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) musnah apabila melepaskan gol penyamaan pada detik terakhir untuk mencatat seri 1-1 di Crystal Palace.

- Advertisement -

Kemenangan ke-10 berturut-turut dalam semua pertandingan kelihatan dalam tangan hasil jaringan Bruno Fernandes sejurus sebelum tamat babak pertama, tetapi Manchester United dikejutkan dengan sepakan percuma Michael Olise yang hebat.

Minggu ini heboh dengan berita jutawan Britain, Jim Ratcliffe, membida kelab paling terkenal di England yang kini berusaha mendapatkan reputasi lalu.

Namun apa pun yang berlaku di luar padang, Manchester United kelihatan berada dalam keadaan kurang bagus selepas kemenangan ke atas Manchester City, minggu lalu.

Tampil dengan penuh keyakinan, mereka memberikan penampilan sulung kepada penyerang pinjaman, Wout Weghorst, tetapi muka biasa yang lebih dikenali membuka jaringan.

Ketika babak pertama hampir berakhir di Selhurst Park yang sejuk, Fernandes melepaskan rembatan padu yang tidak dapat dihalang ke dalam jaring.

United menguasai sebahagian besar babak kedua, tetapi tidak dapat melakukan apa-apa apabila Olise menghantar sepakan percuma melencong melepasi David de Gea.

United naik ke tangga ketiga dengan 39 mata, sama seperti Manchester City yang mempunyai perbezaan jaringan lebih baik. Arsenal yang akan berdepan United pada Ahad ini, berada di depan dengan 47 mata dengan kurang satu perlawanan. – REUTERS

- Advertisement -