Anak PASTI pupuk perpaduan sempena CNY

- Advertisement -

Itu dia, seronoklah anak-anak PASTI hari ini. Ada orang bawa berjalan-jalan.

- Advertisement -

Program Santuni Masyarakat Cina hari ini dianjurkan oleh Jabatan PASTI Kawasan Alor Setar bersama-sama dengan PASTI Az Zahra dan PASTI Ukhwah Sahabat.

Dalam program ini, beberapa orang anak-anak PASTI cawangan telah dipilih untuk menziarahi masyarakat Cina di kejiranan PASTI masing-masing dan mengedarkan buah tangan.

Gelagat depa ini memang macam-macam. Ada yang malu-malu, ada yang semangat, ada yang sambil menyanyi lagu Gong Ci Fa Chai tapi bunyi tak berapa jelas.

Terima kasih kepada wakil Pusat Khidmat Parlimen Alor Setar, Ustaz Hadi dan Pengerusi PASTI Kawasan Alor Setar, Ustaz Sayyaf yang menjayakan program hari ini.

Program ziarah ini bertujuan untuk memupuk serta menunjukkan semangat perpaduan dan muhibbah antara masyarakat berbilang kaum di Alor Setar. Di samping itu, dapat juga memperkenalkan kepada masyarakat di luar sana produk PASTI itu sendiri.

Insya-Allah, kalau ada limau lebih, kita bawa pusing pi tempat lain pula.

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Cina Parlimen Alor Setar.

AFNAN HAMIMI
Alor Setar
19 Januari 2023 – HARAKAHDAILY 19/1/2023

- Advertisement -