Warga emas dirai sempena Tahun Baru Cina

- Advertisement -

KUANTAN: Sempena sambutan Tahun Baru Cina Ahad ini Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor dan Adun Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabar meraikan warga emas di Lucky Care Home.

Wan Razali berkata, beliau dan rombongan PAS menziarah rumah warga emas kaum Tionghua di lorong Seri Teruntum 93, Kampung Tengah.

- Advertisement -

“Sempena sambutan Tahun Baru Cina kami membawa hamper untuk dihadiah kepada penghuni di rumah warga emas tersebut,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Mereka meraikan warga emas kaum Cina termasuk mereka yang keuzuran. Ada juga dalam kalangan mereka berkerusi roda, bertongkat dan terlantar di atas katil.

Lucky Care Home sering dikunjungi PAS Kuantan yang diketuai Adun Tanjung setiap kali menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Rata-rata warga emas terharu dan merakam ucapan terima kasih di atas sumbangan daripada wakil rakyat dan PAS Kuantan.

Sehari sebelum itu Wan Razali dan Rosli mengujungi pejabat akhbar berbahasa Cina yang berpejabat di Kuantan antaranya Nanyang Siang Pau, China Pres dan Sin Chiew Daily.

Rombongan PAS Kuantan mengagihkan kek dan kuih muih sebagai meraikan petugas media sempena sambutan Tahun Baru Cina. – HARAKAHDAILY 18/1/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!