Muhammad Khalil rasmi Pusat Islam Arsal di Lebanon

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perasmian Pusat Islam Arsal di Lebanon, hari ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat, Ustaz Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi.

- Advertisement -

Beliau juga adalah Penasihat Aid4Lebanon.

Turut bersama pada majlis itu ialah Pengarah PASRelief, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah dan Timbalan Pengarah 2 PASRelief yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Kemanusiaan PASRelief menerusi laman Facebooknya memaklumkan, hadir adalah wakil Kementerian Hal Ehwal Kemasyarakatan Lebanon, Wakil Kedutaan Malaysia di Lebanon dan Mufti Wilayah Biqaah, Lebanon.

Pusat Islam Arsal mempunyai tiga tingkat di mana aras pertama sebagai masjid, aras kedua ialah pusat pengajian Al-Quran yang ditaja oleh NGO Turki manakala aras ketiga yang dibiayai oleh dana Aid4Lebanon dan PASRelief dijadikan sebagai pusat jahitan, makmal komputer, pejabat pengurusan mangsa perang dan pelbagai manfaat lagi.

Pembinaan penjanaan tenaga solar di Pusat Islam Arsal juga dibiayai oleh dana yang sama.

Tenaga solar tersebut mampu memanfaatkan tenaga suria dari zarah cahaya untuk menghasilkan tenaga yang kemudiannya diubah menjadi elektrik untuk dibekalkan ke seluruh bangunan Pusat Islam Arsal.

Dengan adanya tingkat ketiga Pusat Islam Arsal itu akan dimanfaatkan sepenuhnya buat rakyat Lebanon yang tidak berkemampuan dan juga pelarian Syria dan Palestin di situ.

Sehubungan itu, PASRelief menyeru orang ramai menghulurkan sumbangan untuk membantu golongan memerlukan.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi Maybank PASRelief 5640 7061 2333 (MAYBANK ISLAMIC) atau melalui: https://infaqpay.my/plus/dana-pusat-islam-arsal-pasrelief – HARAKAHDAILY 18/1/2023

- Advertisement -