KANGAR: Media tidak dapat dinafikan memainkan peranan besar sebagai perantara bagi menyampaikan maklumat sahih kepada orang ramai.
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, kerajaan negeri menzahirkan penghargaan kepada semua pengamal media di Perlis.
“Diharap rakan-rakan petugas media dapat memainkan peranan dengan baik.
“Alhamdulillah majlis Pertemuan Mahabbah Setiausaha Politik dan Setiausaha Akhbar bersama pengamal media Perlis dapat diadakan,” katanya pada pertemuan mahabbah bersama pengamal media di Pejabat Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.
Antara agensi media yang hadir iaitu Harakah, Media Prima, Utusan, Kosmo, Sinar, Berita Harian, Sin Chiew Daily, Guang Ming Daily, Kwong Wah Yit Poh Daily dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Menteri Besar juga berkata, pertemuan itu membolehkan pimpinan kerajaan negeri berkenalan lebih rapat dengan wartawan serta saling berkongsi pandangan dengan kerajaan negeri yang baharu. – HARAKAHDAILY 18/1/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!