Apa lagi yang tinggal pada Umno?

- Advertisement -

MERENUNG kembali PAU yang berlalu beberapa hari lepas. Terlintas, apa lagi yang tinggal pada parti keramat orang Melayu ini? 

- Advertisement -

Orang Melayu? Oh tidak… PRU15 lalu menunjukkan orang Melayu telah pun meninggalkan Umno beralih kepada PN. 

Undi Melayu 

BN : 33 peratus.

PH : 11 peratus.

PN : 54 peratus.

PAU sepatutnya difokus pada mencari jalan kembalikan imej dan kepercayaan kepada Umno. 

Namun apa yang difokuskan adalah mensakralkan Presiden dan Timbalan Presiden daripada dicuit dan disentuh. 

Tidak sedikit yang percaya kekalahan Umno adalah berpunca daripada imej Zahid yang terpalit kes mahkamah. Menjadi modal utama PH jua.

Kawan baru Zahid, P. Ramasamy dari DAP pun meletakkan Zahid sebagai bebanan sehari selepas PAU diadakan.

Ini yang patut dirawat, namun apa yang dibuat dalam PAU? Sudahlah imej Zahid itu dilihat jijik, dilesek pula dengan najis. 

PAU kali ini, imej Zahid dilihat lebih teruk dan jijik dengan usul tiada pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Imej diktaktor.

Mat Hassan yang dilihat clean sebelum ini pun, sudah ditarik terjun ke tangki najis itu jua. Terkotor dan terkutuklah imej mereka berdua. 

Malah, dalam tangki itu Tok Mat masih sempat mensucikan DAP. Ironinya orang Melayu mahu Umno dan pemimpin Umno dicucikan bukan DAP.

Begitu juga Zahid, menghodohkan lagi imejnya apabila mengumumkan penubuhan kembali JPKKP di negeri pembangkang yang majoriti Melayu. 

Sekali lagi, bagaimana Melayu mahu bersama Umno dengan ajakan perpecahan melalui JPKKP ini?

Lantas, PAU yang diadakan sebelum ini, tidak jelas apakah membersihkan imej Umno ataupun sebenarnya menyembangkan imej Umno ke dasar kebusukan dan kerosakan. 

Tiada hujah yang boleh dibawa oleh perwakilan untuk diperjelaskan kepada akar umbi. Yang adalah masalah baharu yang melonggokkan imej lebih buruk pada Umno. Umno semakin terselam. 

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 18/1/2023

- Advertisement -